Don't touch just feel it
pantun merepek di hari raya :)
♦ 2 September 2011, 12:25:00 am, Add comment [0]




pulang ke kampung berjumpa rakan,
setahun tidak bersua muka,
selamat hari raya saya ucapkan,
walau lambat meriahnya masih terasa.

melayan tetamu sangatlah ramah,
kerana rindu rakan sebaya,
pelita dipasang keliling rumah,
nampak bercahay dimalam raya.

atok lupa songkok dimana,
dipagi raya sibuk mencari,
rumah dihias bagai istana,
diri dihias bagai putera dan puteri.

jangan menyombong dihari raya,
kunjung mengunjung, ziarah menziarahi,
tahun ini raya berbeza,
hari kemerdekaan disambut sekali.

indah sungguh dipagi raya,
memohon maaf sambil bersalam,
mercun dibakar meriah suasana,
membangkitkan sekalian makhluk alam.

kanak-kanak riang beraya,
hati-hati terpijak kayu,
si gadis manis berbaju kebaya,
si teruna kacak berbaju melayu.

kacau rempah biarlah sebati,
agar hidangan cukup rasa,
ketupat rendang sila nikmati,
kuih-muih juga sudah tersedia.

hari hujan jangan diredah,
takut demam di pagi hari,
tahun ini disambut sudah,
semoga tahun hadapan berjumpa lagi.



HAPPY EID 2011 PEOLE (!)

p/s : selamat hari raya ke4, lain tahun kita merepek lagi :)




A Trouble Typewriter

About Story Credit

The future is something which everyone reaches at the rate of 60 minutes an hour, whatever he does, whoever he is - C. S. Lewis

Private Message

Don't make me sad because I'm still child
Going somewhere?

Ayuyuu | Adilahrashter | Achaqill | Zatiee | Duera | Nomi | FarahAfieqa | Izyan | Phaliq

Pause if dislike